lama dh tak menulis kat sini...bila aku bersedih aku akn menulis dan mencari ruangan ini... maknanya ketika ini aku mmg sedang bersedih..sedih bila aku masih gagal menjadi yg terbaik pada org yg totally sgt baik..sgt sempurna..musim raya tiba aku berhati2 menjalani hidup ini agar aku blh kekal bahagia setelah membahagiakan semua org disekeliling aku...tapi aku silap sbnrnya aku belum cukup membahagiakan org...
nak tahu tak??..hati aku akan bahagia bila aku berjaya buat org bahagia..aku sebenarnya sukar untuk mencari bahagia aku sendiri..aku pun tak terlalu memikirkannya..kerana bagi aku, dunia aku, akhirat aku akan selamat dengan hanya membahagiakan org lain... aku nk suami aku bahagia..aku nk mak abah aku bahagia..aku nk adik beradik aku bahagia..aku nk mertua aku bahagia...bila semua bahagia, aku turut bahagia.. andai ada yg terluka dengan perlakuan dan tindak tanduk aku, aku akan terluka..mahupun itu bukan sengaja aku lakukan.. aku khilaf.. aku alpa ada ketikanya...atau ada ketikanya kesilapn itu adalah kerana aku sendiri mmg TAK SEMPURNA..
Esok raya keempat..aku sangka raya aku tahun ini lebih baik berbanding sebelumnya..rupanya dapat bertahan hingga raya ketiga saja..dan esok juga turn aku pulang kepangkuan keluarga..aku harapkan aku lebih tenang dan redha dengan nasib yg tertulis utk ku..ya aku..aku yg semakin hilang nilainya dimatamu.. namun ku pohon ya Allah agar aku tak jauh dr mataMU...
Loneliness is My Best Friend..
I'm trying to conceive..Dear Allah..I'm begging your blessing..
Thursday, 1 September 2011
Friday, 8 July 2011
berapa lama LAGI???
Dah seminggu aku tak diberi perhatian..tidak dipedulikan..bercakap dengan ku umpama bercakap kepada banduan...hanya haaa..ermmm...huhh...itu jer..kadang kala pertanyaan aku saje2 dia buat tak dengar.. setiap perlakuan dia lebih seminggu ni betul2 menyiat-yiat hati nuraniku sebnagai seorang wanita..sebagai seorang isteri...
Aku kadang kala cekal...ada kalanya lemah jua menanggung kepiluan perasaan ini...
benarlah wanita ni manusia yang lemah..segala tindakan dari lelaki atau suami memang hanya diambil dan ditelan bulat2..tanpa bantahan...klu membantah hanya melalui air mata yang langsung tiada nilai baginya...
Apa harus aku pergi atau setia disisi suami aku pun tak pasti...kehadiranku disisinya bagaikan tiada diundang dan tidak diusir... aku bingung...bingung sangat...hanya Allah tempat aku mengadu dan meminta...Allah mahu aku bersabar atau mengambil tindakan apapun, aku tak pasti.. Ya Allah berilah aku petunjuk dan hidayahmu..bantulah aku Ya Allah untuk menyelamatkan rumahtanggaku...
Cekalkan hatiku untuk mempertahankan rumahtanggaku Ya Allah.. dan Engkau bukakanlah pintu hati suamiku untuk mendekatkan dirinya kepadaMu, lembutkan hatinya agar rumahtangga kami lebih aman dan damai...Berilah petunjuk dan hidayah kepada suamiku untuk membentuk keluarga kami dengan lebih baik serta menjadi ketua keluarga yang beriman teguh kepadaMu Ya Allah...
Doaku juga agar suamiku akan lebih mesra denganku dan terus menyanyangiku hingga kesyurga..Aminnnnn...

Monday, 4 July 2011
mak, abah, ibu, ayah
keempat2nya aku sayang...paling aku sayang, mak dan abah...apa2 pun aku sanggup buat utk mak dan abah..
kasih sayang mereka abadi...kasih sayang Allah, sejati....
kasih sayang suami, bila2 boleh mati...
sebagai seorang isteri aku;
1. jaga makan suami
2.jaga pakaian suami
3.jaga rumah utk suami
4.bekerja membantu suami
5.melayan karenah2 suami
6.memahami masalah dan keperluan suami
7.mendoakan kesejahteraan untuk suami
sebagai seorang isteri juga aku;
1.ada sifat cemburu
2.ada rasa curiga yg berpada
3.belum melahirkn zuriat untuk suami
4.tidak cukup cantik untuk suami
hasilnya;
dah 3 tahun kawen, aku rupenya2 bkn semakin disayangi.....
dah benci rupenya
Cmne aku ni...org dh benci pun aku buat2 tak paham jer...
aku masih nk bersama..masih nk bercakap..masih nk menyapa
sedangkan orang tu cukup3x benci bile dengar suara aku..cukup3x tak ingin melayan aku..
atas nasihat orang2 tua aku, aku hanya berdiam diri..aku tak nak makan hati...aku tak nak tunjuk kesedihan hati..
atas pembacaan dan pemahaman aku, aku cuba utk tidak melatah apabila sering dipandang hina...
aku diajar supaya bersabar dan bersyukur...bersabar apabila diuji..bersyukur apabila dibenci..sbbya, klu kita yakin kita beriman kpd Allah, kita kena amalkn sifat2 terpuji yg dimiliki oleh Allah..
Untuk menjernihkan keadaan, aku seringkali bersuara..tiap kali itulah aku kena tahan sebak didada..kena telan kepahitan apabila langsung tidak dipedulikn..huaaaaa....ada ke isteri yg mcm aku ni..ke ada yg teruk lagi.. apa2 pun, aku redha kerana aku tahu rancangan Allah untuk aku kelak akan lebih manis dari ini..

Monday, 2 May 2011
MENCARI KETENANGAN HATI…
15 April 2009 oleh gentarasa
Zikrullah hakikatnya bukan sekadar menyebut atau menuturkan kalimah. Ada bezanya antara berzikir dengan “membaca” kalimah zikir. Zikir yang berkesan melibatkan tiga dimensi – dimensi lidah (qauli), hati (qalbi) dan perlakuan (fikli). Mari kita lihat lebih dekat bagaimana ketiga-tiga dimensi zikir ini diaplikasikan.
Katalah lidah kita mengucapkan subhanallah – ertinya Maha Suci Allah. Itu zikir qauli. Namun, pada masa yang sama hati hendaklah merasakan Allah itu Maha Suci pada zat, sifat dan af’al (perbuatannya). Segala ilmu yang kita miliki tentang kesucian Allah hendaklah dirasai bukan hanya diketahui. Allah itu misalnya, suci daripada sifat-sifat kotor seperti dendam, khianat, prasangka dan sebagainya.
- Dimensi kata, rasa dan tindakan
Jika seorang hamba yang berdosa bertaubat kepada-Nya, Allah bukan sahaja mengampunkannya, malah menghapuskan catatan dosa itu, bahkan menyayangi dan memberi “hadiah” kepadanya. Firman Allah:
“Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang semurni-murninya, mudah-mudahan Allah akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga-syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai…”At Tahrim 8
Firman Allah lagi:
“… Sungguh, Allah menyukai orang yang taubat dan menyukai orang yang menyucikan diri” al baqarah 222.

Sifat ini berbeza sekali dengan kita manusia yang kekadang begitu sukar memaafkan kesalahan orang lain. Dan segelintir yang mampu memaafkan pula begitu sukar melupakan – forgive yes, forget not! Hendak memberi hadiah kepada orang yang bersalah mencaci, memfitnah dan menghina kina? Ah, jauh panggang daripada api! Begitulah kotornya hati kita yang sentiasa diselubungi dendam, prasangka dan sukar memaafkan. Tidak seperti Allah yang begitu suci, lunak dan pemaaf. Jadi, apabila kita bertasbih, rasa-rasa inilah yang harus diresapkan ke dalam hati. Ini zikir qalbi namanya.
Tidak cukup di tahap itu, zikrullah perlu dipertingkatkan lagi ke dimensi ketiga. Hendaklah orang yang bertasbih itu memastikan perlakuannya benar-benar menyucikan Allah. Ertinya, dia melakukan perkara yang selaras dengan suruhan Allah yang Maha Suci dan meninggalkan apa yang dilarang-Nya. Yang halal, wajib, harus dan sunat dibuat. Manakala yang haram dan makruh ditinggalkannya. Zina, mengumpat, mencuri, memfitnah dan lain-lain dosa yang keji dan kotor dijauhi. Bila ini dapat dilakukan kita telah tiba di dimensi ketiga zikrullah – zikir fikli!
Sekiranya ketiga-tiga dimensi zikrullah itu dapat dilakukan, maka kesannya sangat mendalam kepada hati. Sekurang-kurang hati akan dapat merasakan empat perkara:
- Rasa kehambaan.
- Rasa bertuhan.
- Memahami maksud takdir.
- Mendapat hikmah di sebalik ujian.
Hati adalah sumber dari segala-galanya dalam hidup kita, agar kehidupan kita baik dan benar, maka kita perlu menjaga kebersihan hati kita. Jangan sampai hati kita kotori dengan hal-hal yang dapat merosak kehidupan kita apalagi sampai merosak kebahagiaan hidup kita di dunia ini dan di akhirat nanti. Untuk menjaga kebersihan hati maka kita juga perlu untuk menjaga penglihatan, pendengaran, fikiran, ucapan kita dari hal-hal yang dilarang oleh Allah SWT. Dengan menjaga hal-hal tersebut kita dapat menjaga kebersihan hati kita. Dengan hati yang bersih kita gapai kebahagiaan dunia dan akhirat.
- Rasa kehambaan.
Rasa kehambaan ialah rasa yang perlu ada di dalam hati seorang hamba Allah terhadap Tuhan-Nya. Antara rasa itu ialah rasa miskin, jahil, lemah, bersalah, hina dan lain-lain lagi. Bila diuji dengan kesakitan, kemiskinan, cercaan misalnya, seorang yang memiliki rasa kehambaan nampak segala-galanya itu datang daripada Allah. Firman Allah:
“Katakanlah (Muhammad), tidak akan menimpa kami melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dialah pelindung kami, dan hanya kepada Allah bertawakal orang-orang yang beriman.” At Taubah: 51

Seorang hamba akan pasrah dan merasakan bahawa dia wajar diuji. Bukankah dia seorang hamba? Dia akur dengan apa yang berlaku dan tidak mempersoalkan mengapa aku yang diuji? Kenapa aku, bukan orang lain? Ini samalah dengan mempersoalkan Allah yang mendatangkan ujian itu. Menerima hakikat bahawa kita layak diuji akan menyebabkan hati menjadi tenang. Jika kita “memberontak” hati akan bertambah kacau.
Imam Ghazali rhm pernah menyatakan bahawa cukuplah seseorang hamba dikatakan sudah “memberontak” kepada Tuhannya apabila dia menukar kebiasaan-kebiasaan dalam hidupnya apabila diuji Allah dengan sesuatu yang tidak disukainya. Misalnya, dia tidak lalu mahu makan-minum secara teratur, tidak mandi, tidak menyisir rambut, tidak berpakaian kemas, tidak mengemaskan misai dan janggut dan lain-lain yang menjadi selalunya menjadi rutin hidupnya. Ungkapan mandi tak basah, tidur tak lena, makan tak kenyang adalah satu “demonstrasi” seorang yang sudah tercabut rasa kehambaannya apabila diuji.
Bila ditimpa ujian kita diajar untuk mengucapkan kalimah istirja’ – innalillah wa inna ilaihi rajiun. Firman Allah:
“…Iaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-nyalah kami kembali.” Al baqarah 156

Mengapa kita diperintahkan mengucapkan istirja’? Kalimah ini sebenarnya mengingatkan kita agar kembali merasakan rasa kehambaan. Bahawa kita adalah hamba milik Allah dan kepada-Nya kita akan dikembalikan. Kita layak, patut dan mesti diuji kerana kita hamba, bukan tuan apalagi Tuhan dalam hidup ini.
- Rasa bertuhan.
Rasa kehambaan yang serba lemah, miskin, kurang dan jahil itu mesti diimbangi oleh rasa bertuhan. Bila kita rasa lemah timbul pergantungan kepada yang Maha kuat. Bila kita rasa kurang timbul pengharapan kepada yang Maha sempurna. Bila miskin, timbul rasa hendak meminta kepada yang Maha kaya. Rasa pengharapan, pengaduan dan permintaan hasil menghayati sifat-sifat Allah yang Maha sempurna itulah yang dikatakan rasa bertuhan.
Jika rasa kehambaan menyebabkan kita takut, hina, lemah sebaliknya rasa bertuhan akan menimbulkan rasa berani, mulia dan kuat. Seorang hamba yang paling kuat di kalangan manusia ialah dia yang merasa lemah di sisi Allah. Ketika itu ujian walau bagaimana berat sekalipun akan mampu dihadapi kerana merasakan Allah akan membantunya. Inilah rasa yang dialami oleh Rasulullah SAW yang menenteramkan kebimbangan Sayidina Abu Bakar ketika bersembunyi di gua Thaur dengan katanya, “la tahzan innallaha maana – jangan takut, sesungguhnya Allah bersama kita!”
Rasa bertuhan inilah yang menyebabkan para nabi dan Rasul, mujaddid dan mujtahid, para mujahid dan murabbi sanggup berdepan kekuatan majoriti masyarakat yang menentang mereka mahupun kezaliman pemerintah yang mempunyai kuasa. Tidak ada istilah kecewa dan putus asa dalam kamus hidup mereka. Doa adalah senjata mereka manakala solat dan sabar menjadi wasilah mendapat pertolongan Allah. Firman Allah:
“Dan pohonlah pertolongan dengan sabar dan solat.” Al Baqarah.

Dalam apa jua keadaan, positif mahupun negatif, miskin ataupun kaya, berkuasa ataupun rakyat biasa, tidak dikenali ataupun popular, hati mereka tetap tenang. Firman Allah:
“Dialah Tuhan yang menurunkan ketenangan ke dalam hati orang yang beriman, supaya keimanan mereka makin bertambah daripada keimanan yang telah ada. Kepunyaan Allah tentang langit dan bumi, dan Allah itu Maha Tahu dan Bijaksana.” Al Fathu 4.

Bila hati tenang berlakulah keadaan yang dijelaskan oleh Rasulullah SAW melalui sabdanya:
Maksudnya: Amat menarik hati keadaan orang beriman, semua pekerjaannya baik belaka, dan itu ada hanya pada orang beriman: Jika memperoleh kesenangan, dia bersyukur. Dan itu memberikannya kebaikan (pahala). Jika ditimpa bahaya (kesusahan), dia sabar dan itu juga memberikannya kebaikan.” – Al Hadis.

- Memahami maksud takdir Allah.
Mana mungkin kita mengelakkan daripada diuji kerana itu adalah takdir Allah SWT. Yang mampu kita buat hanyalah meningkatkan tahap kebergantungan kita kepada Allah di samping berusaha sedaya upaya menyelesaikan masalah itu. Ungkapan yang terkenal: We can’t direct the wind but we can adjust our sail – kita tidak mampu mengawal arah tiupan angin, kita hanya mampu mengawal kemudi pelayaran kita.
Kemudi dalam pelayaran kehidupan kita hati. Hati yang bersifat bolak-balik (terutamanya bila diuji) hanya akan tenang bila kita beriman kepada Allah – yakin kepada kasih-sayang, keampunan dan sifat pemurah-Nya. Dalam apa jua takdir yang ditimpakan-Nya ke atas kita adalah bermaksud baik sekalipun kelihatan negatif. Baik dan buruk hanya pada pandangan kita yang terbatas, namun pada pandangan-Nya yang Maha luas, semua yang ditakdirkan ke atas hamba-Nya pasti bermaksud baik.
Tidak salah untuk kita menyelesaikan masalah yang menimpa (bahkan kita dituntut untuk berbuat demikian), namun jika masalah itu tidak juga dapat diselesaikan, bersangka baik kepada Allah berdasarkan firman-Nya:
“Ada perkara yang kamu tidak suka tetapi ia baik bagi kamu dan ada perkara yang kamu suka tetapi ia buruk bagi kamu, Dan sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan kamu tidak mengetahuinya”
Surah Al Baqarah : 216
Seorang ahli hikmah, Ibn Atoillah menjelaskan hakikat ini menerusi katanya, “barang siapa yang menyangka sifat kasih sayang Allah terpisah dalam takdir-Nya, maka itu adalah kerana pen¬deknya penglihatan akal dan mata hati seseorang.”

Siapa tidak inginkan kekayaan, malah kita dituntut mencari harta. Namun jika setelah berusaha sedaya upaya, masih miskin juga, bersangka baiklah dengan Tuhan… mungkin itu caranya untuk kita mendapat pahala sabar. Begitu juga kalau kita ditakdirkan kita tidak berilmu, maka berusahalah untuk belajar, kerana itulah maksud Allah mentakdirkan begitu.
Kalau kita berkuasa, Allah inginkan kita melaksanakan keadilan. Sebaliknya, kalau kita diperintah (oleh pemimpin yang baik), itulah jalan untuk kita memberi ketaatan. Rupanya cantik kita gunakan ke arah kebaikan. Hodoh? kita terselamat daripada fitnah dan godaan. Ya, dalam apa jua takdir Allah, hati kita dipimpin untuk memahami apa maksud Allah di sebalik takdir itu.
Jadi, kita tidak akan merungut, stres dan tertekan dengan ujian hidup. Hayatilah kata-apa yang ditulis oleh Ibnu Atoillah ini:
“Untuk meringankan kepedihan bala yang menimpa, hendak dikenal bahawa Allah-lah yang menurunkan bala itu. Dan yakinlah bahawa keputusan (takdir) Allah itu akan memberikan yang terbaik.”

Tadbirlah hidup kita sebaik-baiknya, namun ingatlah takdir Tuhan sentiasa mengatasi tadbir insan. Jangan cuba mengambil alih “kerja Tuhan” yakni cuba menentukan arah angin dalam kehidupan ini tetapi buatlah kerja kita, yakni mengawal pelayaran hidup kita dengan meningkatkan iman dari semasa ke semasa. Kata bijak pandai: “It’s not what happens to you, but it’s what you do about it. It is not how low you fall but how high you bounce back!”
- Mendapat hikmah bila diuji.
Hikmah adalah sesuatu yang tersirat di sebalik yang tersurat. Hikmah dikurniakan sebagai hadiah paling besar dengan satu ujian. Hikmah hanya dapat ditempa oleh “mehnah” – didikan langsung daripada Allah melalui ujian-ujian-Nya. Ra¬sul¬ullah s.a.w. bersabda, “perumpamaan orang yang beriman apabila ditimpa ujian, bagai besi yang dimasukkan ke dalam api, lalu hilanglah karatnya (tahi besi) dan tinggallah yang baik sahaja!”
Jika tidak diuji, bagaimana hamba yang taat itu hendak mendapat pahala sabar, syukur, reda, pemaaf, qanaah daripada Tuhan? Maka dengan ujian bentuk inilah ada di kalangan para rasul ditingkatkan kepada darjat Ulul Azmi – yakni mereka yang paling gigih, sabar dan berani menanggung ujian. Ringkas¬nya, hikmah adalah kurnia termahal di sebalik ujian buat golongan para nabi, siddiqin, syuhada dan solihin ialah mereka yang sentiasa diuji.
Firman Allah: Apakah kamu mengira akan masuk ke dalam syurga sedangkan kepada kamu belum datang penderitaan sebagai¬mana yang dideritai orang-orang terdahulu daripada kamu, iaitu mereka ditimpa kesengsaraan, kemelaratan dan ke¬goncangan, sehingga Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya merintih: “Bilakah datangnya pertolongan Allah?”
(Surah al-Baqarah: 214)
Pendek kata, bagi orang beriman, ujian bukanlah sesuatu yang negatif kerana Allah sentiasa mempunyai maksud-maksud yang baik di sebaliknya. Malah dalam keadaan ber¬dosa sekalipun, ujian didatangkan-Nya sebagai satu peng¬ampunan. Manakala dalam keadaan taat, ujian didatangkan untuk meningkatkan darjat.
Justeru, telah sering para muqarrabin (orang yang hampir dengan Allah) tentang hikmah ujian dengan berkata: “Allah melapangkan bagi mu supaya engkau tidak selalu dalam kesempitan dan Allah menyempitkan bagi mu supaya engkau tidak hanyut dalam kelapangan, dan Allah melepaskan engkau dari keduanya, supaya engkau tidak bergantung kepada sesuatu selain Allah.
Apabila keempat-empat perkara ini dapat kita miliki maka hati akan sentiasa riang, gembira dan tenang dengan setiap pekerjaan yang dilakukan. Sentiasa melakukan kerja amal, tolong menolong, bergotong royong, sentiasa bercakap benar, sopan dan hidup dengan berkasih sayang antara satu dengan lain.
Marilah kita bersihkan hati kita dari segala kotorannya dengan memperbanyak zikrullah. Itulah satu-satunya jalan untuk mencari kebahagiaan di dunia dan di akhirat nanti. Manusia perlukan zikir umpama ikan perlukan air. Tanpa zikir, hati akan mati. Tidak salah memburu kekayaan, ilmu, nama yang baik, pangkat yang tinggi tetapi zikrullah mestilah menjadi teras dan asasnya.
Insya-Allah, dengan zikrullah hati kita akan lapang sekalipun duduk di dalam pondok yang sempit apatah lagi kalau tinggal di istana yang luas. Inilah bukti keadilan Allah kerana meletakkan kebahagiaan pada zikrullah – sesuatu yang dapat dicapai oleh semua manusia tidak kira miskin atau kaya, berkuasa atau rakyat jelata, hodoh atau jelita. Dengan itu semua orang layak untuk bahagia asalkan tahu erti dan melalui jalan yang sebenar dalam mencarinya. Rupa-rupanya yang di cari terlalu dekat… hanya berada di dalam hati sendiri!

wanita ini adalah isteri yg tak berguna..
Wanita ini adalah isteri yg tak berguna...saoe wanita yg dimaksudkn tu?..mesti la aku...aku yg tak berguna... aku la isteri yg tak berguna..knp?...sbb aku punya pelbagai perasaan yg org lain..yg manusia lain tak rasa spt ape yg aku rasa..
aku ada rasa cemburu..aku ada rasa curiga...aku ada rasa benci..aku ada rasa geram..aku juga ada rasa sayang..cinta...kasih dan rasa tanggungjawab...tapi semua rasa aku itu adalah perkara yg salah...knp?.. sbb aku tak patut ada semua rasa itu...
Sebagai seorg perempuan yg bodoh..isteri yg lemah..aku tak layak mempunyai pelbagai rasa...aku hanya patut menerima tanpa ada sebarang perasaan...aku bodoh sgt ke ni...iskh..susah juga nk wat semua bnda2 ni... sbb aku juga manusia wlpun aku perempuan bodoh..isteri yg teruk..
Aku jaga semua keperluan suami aku...aku jg mkn pakai dia...tapi aku masih dikatakan perempuan bodoh.. yelah mmg bodoh la aku klu masih tak sedar siapa aku...aku bagus sbb jg keperluan rumahtgga tapi yg bodohnya sbb aku ada pelbagai perasaan jer...itu je mslhnya...lagi tambah masalah sbb aku mandul.. aku tak kisah org kata aku mandul...semua tu keje Allah...takkn aku nk marahkn Allah... Dia yg lebih mengetahui segala2nya...aku tak marahkn org yg cakap aku mandul sbb tak semua org punya iman yg kukuh dlm diri... kutukannya pada aku menampkkn dirinya yg sebenarnya disisi Allah...tapi ....
tapi patutkah aku digula2kn oleh org?...mana pergi maruah ku..suami aku pun tak jaga maruah aku..sape lg yg nk jg maruah aku..aku sendiri la...................ape?..suami aku?suami aku sayang aku..sayang sgt kt aku tapi dgn satu syarat...aku tak blh ada apa2 rasa pun kt umah ni...jgn ada rasa apa2 pun...blh faham tak?..sbgi manusia, ada mcm2 perasaan kan...??..haaaa...yg tu lah jgn ada dlm diri aku...klu blh wat, pasti aku disayangi sgt2...klu tak blh wat, aku dilayan tak ubah mcm anjing...main maki2..main ngamuk2 jer... nk layan baik2 mmg kim salam jer...kenyangkn la perut dia, wangikanlah pakaian dia sekalipun, itu semua tak dipandang langsung sbb aku waktu itu tak ubah mcm kucing kurap yg merayu mintak dikasihi...
ah...aku pun hampir tak tahu siapa aku ni..........................................................................................................................aku frustrated ngan hidup ini...tapi tak sape peduli...mak aku peduli...tapi kesian kt org tua tu...tak sanggup aku nk biarkn dia tanggung sama2 mslh aku...mak ampun anak mak ni yg banyak susahkn mak.....iza nk berubah jd org berguna tapi mampu ke iza mak?...doakan iza mak...iza cume nk bahagia...klu tak blh bahagia ngan suami sendiri, iza nk bahagia ngan kehidupan iza sendiri...mampu ke iza mak??...Ya Allah.... bantu la aku...

Monday, 11 April 2011
My Loneliness Become worse without you, Child...
Aku adalah golongan wanita yg TTC...berusaha untuk hamil setelah 3 tahun aku mendirikan rumahtangga... Bbrp usaha aku telah lakukan...dari yang moden sehingga tradisonal...namun, tak sehingga ke tahap IUI dan IVF yang aku mampu buat kerana aku mengharap agar aku tak perlukan semua itu untuk conceive..
Seperti biasa, aku sangat sedih hari demi hari, bulan demi bulan menantikan anak kesayanganku... namun hingga kehari ini aku masih bersedih...kadang kala aku bercakap dengan anak aku walaupun dia takde di depan mata tapi dia ada dihatiku...pada siapa lagi aku nk berbicara tentang hati aku yang sering terluka ni...pasti la pada anak aku yg tak siapa boleh nmpk dia...tapi aku tahu dia nmpak aku...dia dengar setiap bait2 kataku... walaupun dia tak membalasnya tapi aku tahu dia mengerti dan memahami aku....
Gilakah aku kerana berkata2 ngan anak yg belum ku nmpk rupanya,,,gilakah aku bercakap dengan anak yg belum pun hidup didalam rahimku tapi hidup dihatiku?...Andai anak ibu sayangkan ibu dan kasihankn ibu, datanglah sayang meleyapkan kesedihan ibu....

Subscribe to:
Comments (Atom)