Monday, 11 April 2011

My Loneliness Become worse without you, Child...

Aku adalah golongan wanita yg TTC...berusaha untuk hamil setelah 3 tahun aku mendirikan rumahtangga... Bbrp usaha aku telah lakukan...dari yang moden sehingga tradisonal...namun, tak sehingga ke tahap IUI dan IVF yang aku mampu buat kerana aku mengharap agar aku tak perlukan semua itu untuk conceive..

Seperti biasa, aku sangat sedih hari demi hari, bulan demi bulan menantikan anak kesayanganku... namun hingga kehari ini aku masih bersedih...kadang kala aku bercakap dengan anak aku walaupun dia takde di depan mata tapi dia ada dihatiku...pada siapa lagi aku nk berbicara tentang hati aku yang sering terluka ni...pasti la pada anak aku yg tak siapa boleh nmpk dia...tapi aku tahu dia nmpak aku...dia dengar setiap bait2 kataku... walaupun dia tak membalasnya tapi aku  tahu dia mengerti dan memahami aku....

Gilakah aku kerana berkata2 ngan anak yg belum ku nmpk rupanya,,,gilakah aku bercakap dengan anak yg belum pun hidup didalam rahimku tapi hidup dihatiku?...Andai anak ibu sayangkan ibu dan kasihankn ibu, datanglah sayang meleyapkan kesedihan ibu....

I am alone even I have you...

Aku Isterimu atau Siapakah Aku?

Emosinya aku saat ini...bersalahkah aku kerana terlalu mencintai suamiku sendiri...
Setiap belaian dan kasih sayang dari jantung hatiku, aku rasai hingga kedasar hatiku yg paling dalam…tidak kurang juga setiap hinaan dan herdikkan dari pengarang jantungku, aku dapat rasakan bagaikan hatiku dihiris2 dengan belati tajam….
Aku sayang kamu..aku tahu kamu sayang aku…tapi kadang kala aku ni bukan siapa2 bagimu… Hatiku marah tapi aku tak layak untuk marah…aku sedih tapi aku tak layak nk bersedih… Alangkah bagusnya aku andai aku tahu akan harga diriku yg sebenar…,.
Aku bagai perempuan yg tidak bernilai…mana pergi nilai harga diriku?...knp diinjak2 oleh dia yang aku sayang?...knp diperlekeh akan maruah diriku… aku terlalu hinakah hingga kau tidak menghiraukn walau selekumit hatiku….

Aku lemah dengan diri aku sendiri...aku kerap kali meluahkan perasaan aku sedangkan aku tahu, di dalam rumah ini akuj tak layak nk berkata apa2...aku cume layhak mendengar dan menerima...siapa aku jika nk merasa marah...siapa aku jika nk tersinggung...siapa aku mempertikaikn tindakanmu... semuanya aku harus telan mentah2...kerana aku bukan siapa2 dimatamu.,..walau sah aku diijabkabulkan sebagai isterimu...