Aku adalah golongan wanita yg TTC...berusaha untuk hamil setelah 3 tahun aku mendirikan rumahtangga... Bbrp usaha aku telah lakukan...dari yang moden sehingga tradisonal...namun, tak sehingga ke tahap IUI dan IVF yang aku mampu buat kerana aku mengharap agar aku tak perlukan semua itu untuk conceive..
Seperti biasa, aku sangat sedih hari demi hari, bulan demi bulan menantikan anak kesayanganku... namun hingga kehari ini aku masih bersedih...kadang kala aku bercakap dengan anak aku walaupun dia takde di depan mata tapi dia ada dihatiku...pada siapa lagi aku nk berbicara tentang hati aku yang sering terluka ni...pasti la pada anak aku yg tak siapa boleh nmpk dia...tapi aku tahu dia nmpak aku...dia dengar setiap bait2 kataku... walaupun dia tak membalasnya tapi aku tahu dia mengerti dan memahami aku....
Gilakah aku kerana berkata2 ngan anak yg belum ku nmpk rupanya,,,gilakah aku bercakap dengan anak yg belum pun hidup didalam rahimku tapi hidup dihatiku?...Andai anak ibu sayangkan ibu dan kasihankn ibu, datanglah sayang meleyapkan kesedihan ibu....
Assalammualaikum... Saya bukan pandai memberi nasihat, tapi daripaa banyak kelas, ceramah motivasi di surau, tv, kuliah yang dihadiri semuanya menegaskan.. Elak dengan emosi negatif. Elak keluarkan perkataan Negatif, elak tulis benda yang negatif.
ReplyDeleteIngatlah selalu, ujian dunia adalah sbb Allah sayangkan kita. Untuk melihat sejauh mana kita dekat dengannya samada masa suka dan duka.
Kuatkan semangat. Dekatkan diri dengan Allah, guru2 dan rakan2 yang positif dan teruskan berdoa.. MAN JADDA WA JADDA. Pastikan berjaya bagi setiap org yang berusaha.. itu janji Allah.